Penyerahan Wakaf Quran Di Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Dan Hadith Darussolehah
Alhamdulillah. Pihak kami telah mengagihkan al-Quran wakaf kepada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Dan Hadith Darussolehah, Trong pada 11 Julai 2020 yang lalu. Terima kasih kepada pewakaf yang terus menyokong dan bersama dalam program wakaf.
“Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.” Surah al-Baqarah: 270
Terima kasih para penyumbang dari Wakaf Quran, pembelian Quran dan bagi yang memberi sumbangan untuk Haraki Care. Semoga Allah SWT rahmati dan murahkan rezeki para penyumbang.
Berminat untuk wakaf/beli sambil infaq ke tabung Haraki Care
Senaskah RM60 (RM5 sumbangan ke Tabung Haraki Care)
Kaedah Haraki digunakan sebagai alternatif dalam membantu umat Islam yang lemah dalam pembacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah yang cepat, mudah dan menarik bagi melahirkan lebih ramai umat Islam yang celik Al-Quran