Penyerahan Wakaf Quran Di Surau Nurul Iman, Tanah Kebun, Parit Buntar
Alhamdulillah, sebahagian al-Quran wakaf berjaya diagihkan di Surau Nurul Iman, Parit Buntar, Perak pada 24 Julai 2020. Terima kasih kepada semua pewakaf yang telah mewakafkan al-Quran dengan kami. Kami doakan semoga Infaq anda semua diberikan ganjaran besar disisi Allah SWT.
“Peliharalah harta bendamu dengan cara mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan sedekah.” (H.R. Abu Daud)
Terima kasih para penyumbang dari Wakaf Quran, pembelian Quran dan bagi yang memberi sumbangan untuk Haraki Care. Semoga Allah SWT rahmati dan murahkan rezeki para penyumbang.
Berminat untuk wakaf/beli sambil infaq ke tabung Haraki Care
Senaskah RM60 (RM5 sumbangan ke Tabung Haraki Care)
Kaedah Haraki digunakan sebagai alternatif dalam membantu umat Islam yang lemah dalam pembacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah yang cepat, mudah dan menarik bagi melahirkan lebih ramai umat Islam yang celik Al-Quran